Friday, April 29, 2011

inilah Perempuan..

Andainya lelaki tahu …

Apabila seorang perempuan jatuh cinta

Lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

Tetapi lelaki itu adalah segalanya

Andainya lelaki tahu,,,

Apabila seorang perempuan itu mengeluarkan air mata

Itu bukan bermakna dia lemah

Tetapi dia sedang mencari kekuatan

Untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu…

Apabila seorang perempuan marah,

Memang dia tidak mampu mengawal perasaanya

Tapi percayalah, itulah maknanya

Dia sgt mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan baru bercinta,mereka jarang bergado

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seorang

Semakin banyak pertelingkahan berlaku.

Andainya lelaki tahu…

Apabila perempuan bercakap banyak

Dia tidak pernah bermaksud untuk buat anda rimas

Tapi dia mahu lelaki itu mengenalinya dgn lebih dekat

Andainya lelaki tahu

Apabila perempuan merajuk

Jangan kata dia mengada-ngada

Dia bukanya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen

Tetapi cukup dgn perhatian yg boleh mmbuat perempuan rasa dihargai

Andai lelaki tahu….

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu

Dia benar2 maksudkanya

Apabila berjauhan,bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andainya lelaki tahu…

Apabila perempuan menjadi degil

Dia bukan bermaksud hendak menjadi degil

Tapi dia mahu melihat

Sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan karenahnya.

Andainya lelaki tahu…
Apabila perempuan berkata

“tolong tinggalkan saya”

Dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya

Dia hanya mahu menenangkan fikiran sebentar saja

Apabila dia kembali tenang

Percayalah dia akan mencari anda semula

Itu tandanya dia benar2 menyintai anda

Perempuan sukar mengawal perasaan

Dia terlalu emosional..

Tetapi dialah yang paling menyayangi anda

Dan sangat sensitive dengan perubahan pada diri anda

Andainya lelaki tahu…

Sememangnya Allah S.W.T menciptakan lelaki & perempuan itu,

Dengan perbezaan yang tersendiri

Tetapi sekiranya mereka saling memahami

Mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakanya

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali

Disebalik air matanya

Tersimpan seribu kekuatan

Yg bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

Kerana dia didatangkan bukan dgn kelemahan saja

Tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

Dan membuatkan hidup anda lebih sempurna

Dialah yg bakal menjadi perempuaan berkerjaya,isteri dan juga ibu yg terbaik untuk anak-anak anda..

No comments:

Post a Comment